Assalamualaikum wbt... welcome to my blog yang tersangat cantik dan indah lagi permai ni... Tinggal la komen/nasihat sebagai panduan untuk moon. okey semua. Enjoy!
Daisypath Friendship tickers

Thursday, March 17, 2011

Bunuh diri? Tahap mental anda sudah parah

Assalamualaikum...

Walaupun perempuan lebih ramai yang cuba membunuh diri berbanding lelaki, tetapi lelaki yang ramai mati kerana bunuh diri. Salah satu sebab yang membawa kepada fakta ini ialah lelaki mahukan penyelesaian yang pantas dan segera. Sebab itu lah bunuh diri menjadi cara yang begitu popular..

Bagi pembaca yang beragama Islam, ketahuilah kesalahan membunuh diri merupakan satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirirnya.


Antara faktor bunuh diri yang kerap berlaku kepada lelaki :


  • Umur - keinginan membunuh diri sering berlaku pada usia 20-an dan kembali lagi apabila lelaki itu mencapai 60-an hingga 70-an.
  • Penganggur - kadar bunuh diri dilihat lebih banyak berlaku pada lelaki yang menganggur.
  • Anti-social - orang ynag membunuh diri lazimnya mempunyai kehidupan sosial yang menyedihkan.
  • Penyakit Merbahaya - sebaik saja mengetahui mereka menghidap penyakit merbahaya, mereka tisak mampu menerima takdir itu.
  • Tekanan akibat pekerjaan 

Tanda-tanda yang menyebabkan ingin bunuh diri :

  • sentiasa membayangkan @ menulis tentang kematian, bunuh diri @ ingin mencederakan diri sendiri.
  • sentiasa mencari cara untuk membunuh diri.
  • semangat sudah hilang sama sekali.
  • mudah panas baran, emosi tidak terkawal dan sentiasa ingin membalas demdam.
  • sering cuba melakukan aktiviti merbahaya tanpa mahu memikirkan risikonya terlebih dahulu.
  • Anda rasa seperti terperangkap dan tidak jumpa jalan keluar.
  • pengambilan dadah @ alkohol yang tidak terkawal.
  • sukar tidur dan mudah penat
  • perasaan mudah bertukar-tukar dalam sekelip mata.
  • terfikir bahawa tiada gunanya anda meneruskan hidup.

Dimana boleh dapatkan bantuan :

  • Allah SWT - kembalilah kepada-Nya dan mohonlah petunjuk-Nya.
  • Organisasi pakar kesihatan mental
  • Pusat komuniti kesihatan mental
  • Klinik pesakit luar
  • Agensi sosial
  • Kumpulan sosial
  • Program bantuan pekerja
  • Persatuan kemasyarakatan


xoxo amoi

No comments:

Popular Posts

Daisypath Anniversary tickers